Follow | Dashboard


Hey,welcome to my blog.bla bla bla

Entry | About | Board | Credit


Righteousness
Assalamualaikum wrt.



Yes. I know I have been 'disappeared' for a very not-so-called long time. Alasan yang sama dan kehidupan yang biasa masih tetap berlaku ke atas diri ini. Kesibukan melanda, keberlangsungan hidup yang bertali arus dan tiada berpenghujung membuatkan saya hampir 'fed-up'. However, it is obviously encountered by everyone right? Saya tak de hak untuk mengeluh, bersedih bagai. Bak kata omputeh, 'Wake up from the dream and step into reality la beb'. Boleh gitu?

And, today. As I've written the title above, mestilah saya nak cakap pasal 'Righteousness'. Secara literalnya, berbuat baik ialah kewajipan setiap makhluk yang bergelar insan dan hal ini amat dituntut dalam agama, tak kiralah agama Islam, Buddha, Hindu dll (cuma dalam post ni saya lebih menekankan konteks 'kebaikan' dalam agama Islam), semuanya mengajarkan kita supaya menyebarkan kebaikan. Anda tahu apa itu insan? Insan itu manusia, manusia itu entiti, entiti itu insan. Nampak tak permainannya dekat situ? Geometrically, we called this "circling back" as "Circularity". Sila highlight ye para pelajar. Mungkin ini akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan akhir tahun. Ok dah. Kembali ke pangkal jalan.

Sepanjang saya melalui kehidupan sebagai seorang remaja berumur 14 tahun dan 8 bulan, banyak sangat perkara yang berlaku. I have been walked back and forth, trying to understand what is the meaning of life. The causes, traits, and how everybody progress their own worldly business. Orang kata, pengalaman ialah guru yang paling berharga. Dr Mahathir once stated, someone who does not learn from the past are condemned to repeat it. 

Ambil yang jernih, buang yang keruh, bukannya menangguk air di air yang keruh. Those things are different ok.

Semua orang cintakan kebaikan. Kalau boleh, manusia di muka bumi ni semuanya baik belaka. Tapi, Allah punya rahsia sendiri, objektif yang tersirat yang takkan pernah mampu diketahui oleh makhluk yang lemah macam kita. Allah jadikan kita berbeza untuk mengetahui yang mana akur kepada perinta-Nya dan yang mana cenderung berpaling menduakan-Nya. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Hatta rambut pun Allah ciptakan dalam pelbagai warna. Kromosom dalam tubuh kita tak sama. Susunan DNA setiap individu berlainan ragamnya. Sungguh unik aturan yang dibuat oleh Allah SWT, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. 

We love to blame the others for no reason. Majoritinya tentulah sbb nak 'cover' kesilapan diri sendiri. Coward like a chicken. Sya pun berasa kesian dekat ayam, tak pasal-pasal haiwan ni dijadikan analogi untuk mereka yang bersifat pengecut.  

Saya tulis ni pun bukan sebab saya teramat lah alim *sudah nampak grammatical error di situ* ataupun baik dan yang sewaktu dengannya. Manusia mana yang sempurna perwatakannya, zahir dan batinnya? Rasulullah pun pernah membuat kesilapan. Suka saya petik satu quote, lebih kurang bunyinya begini,

A man who has never made a mistake, he actually can do nothing.

Jangan pernah takut melakukan kesilapan. Sekali kena, dua kali tahu. Saya banyak kali perhati, dalam konteks kehidupan pelajar, sebelum kita menduduki peperiksaan, mesti kita akan buat banyak exercises, betul? Apabila kita dah familiar dengan soalan yang diberi, maka kita akan dapat menjawab soalan dengan baik. Bonus akan didapati sekiranya seseorang itu konsisten, bukannya melaksanakan sesuatu tapi tersekat di tengah jalan. 

Sucikan diri, bersihkan hati. Keterlanjuran dan dosa lampau masih boleh ditebus dengan taubat nasuha. Bagaimana caranya? Satu hal yang saya paling tak suka ialah tengok berita suicide yang dilakukan oleh segelintir anak muda yang masih mentah. Perlu kita ingat, bunuh diri bukan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Kita menghindari masalah dunia tapi di akhirat, apa kita nak jawab? "Er... Saya bunuh diri sebab tak tahan nak hadapi masalah yang timbul, saya tak larat dah nak hadapi tu semua". Allah terima ke semua alasan yang dianggap 'munasabah' tu? Tentulah tak!

Paling menyedihkan, bila orang Islam sendiri tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Bagaikan manusia bertopeng, bermuka dua, malu tak kalau kita dipanggil dengan gelaran sebegini? Isu paling utama ialah meninggalkan solat lima waktu. Pelik tapi benar. Saya pun macam dah biasa pulak dengar perkara macam ni berlaku. Kedua, pergaulan bebas. Keep in mind, kita mesti wujudkan suatu batasan antara lelaki dengan perempuan. Lucu rasanya apabila melihat orang Islam bercampur tanpa mengetahui adab dan batasan antara mereka. Perempuan dengan perempuan pun ada 'limit' nya juga. Tak kiralah dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan dan sebagainya. Melepasi adab pergaulan dan fitrah sama sahaja seperti menconteng arang di muka. Pastu dapat 'warranty' jadi ahli neraka pulak, nak gitu?

Saya berazam selagi hayat dikandung badan, I will devote everything for Allah. He is my destination and he'll forever be. Insya Allah.

Saya harap tiada unsur-unsur negatif yang boleh mencemarkan maruah saya sebagai orang Islam. Walaupun saya tahu banyak sangat ujian yang perlu saya tempuhi, saya akan cuba memenuhi azam saya. Amin. Doakan saya agar dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara. :)


O Allah, admit us into your jannah. Ameen

- www.LionOfAllah.com

Allah has swore in Al-Qur'an. You still not believe it now?






 

/ Newer post